Assalamualaikum w.b.t
Hi korang :)
Semalam zieka dapat satu kesedaran lepas dapat dan baca mesej dari group di whatsapp. Terus terasa nak share kat sini. Panjang sangat but it's okay, zieka boleh taipkan untuk kawan2 semua. Hopefully this very long text is beneficial for all of us, muslimah <3 dan juga harap bersabar ye masa baca, hee.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perempuan. Walau bagaimana sibuk dan aktif dalam society, kental bawa diri tak ada pakwe, bersemangat dalam dakwah dan bijak melangit dalam pelajaran, tetap takkan lari daripada bicara soal hati,
Andai hati itu asalnya lembut maka selamanya jua lembut.
Suka orang itu, suka orang ini.
Nak jaga hati, taknak lagha, taknak fikir yg sia-sia.
Kadang-kadang rasa rindu sangat sampai nak kahwin je lagi mudah.
Tengok orang couple rasa nak couple juga,
Bila fikir balik, taknak couple,
Sebab taknak buat perkara menghala ke dosa tapi jiwa terseksa.
Tengok orang kahwin nak kahwin juga,
Taktahu kenapa rasa nak kahwin datang,
Tapi yang tahu hanya mahu kahwin bila seronok tengok orang kahwin.
Pelbagai rasa didengari,
Bercampur baur dalam hati.
Itu lumrah, sayang.
Apatah lagi dalam umur yang makin meningkat dewasa.
Soal hati dan fitrah rasa untuk disayangi dan menyayangi itu biasa.
Cuma terkadang diri perlu tahu,
Fokus kehidupannya di mana.
Suka itu tak salah namun usah sehingga tak lalu makan nasi goreng ayam paprik tiga hari hanya kerana sakit menahan rindu.
Wake up. Hidup dalam dunia sebenar.
Perjalanan dalam hidup ini jauh.
Bukan sekadar soal saya-suka-awak dan awak-suka-saya, tiada-apa-lagi-yang-menjadi-penghalang-antara-kita dan jom-kahwin semata.
Itu salah satu cabang daripada banyak cabang dalam kehidupan.
Salah satu cabang yang penting.
Dan ada banyak lagi cabang yang penting lain juga yang perlu diberi fokus.
Rasa yang datang tiada siapa yang sengaja mengundang.
Usah dipadam perasaan fitrah itu,
Tetapi bijaklah dalam mengawal rasa suka.
Itu yang dikata.
Bila suka jangan terlalu suka.
Bila benci usah terlalu benci.
Selalulah untuk berada di tengah-tengah.
Kerana selama tiada ikatan halal yang termeterai,
Dia bukan sesiapa lagi untuk dicintai sepenuh rasa.
Genggam kemas hati itu baik-baik.
Usah mudah lemah.
Bina semangat yang kental.
Cari dimana jiwa yang benar,
menangis rindukan Rabbi seperti Rabi'ah al-Adawiyah.
Cari dimana jiwa yang selalu bermunajat dan hanya berharap pada Tuhannya,
seperti puteri kesayangan Rasulullah SAW, Fatimah Azzahra.
Cari dimana jiwa yang tertanam akidah yang unggul di dalam hatinya
seperti Masyitah yang tegar terjun ke dalam minyak yang panas
semata-mata untuk mempertahankan keimanan.
Cari dimana jiwa seorang Sumayyah
yang rela diseksa dengan pelbagai dugaan yang menyakitkan
hanya untuk mempertahankan kalimah Ahad.
Cari dimana jiwa seorang Zinnirah
yang rela dijemur di tengah padang pasir bersama cahaya yang terik
dan dibutakan mata hanya semata teguh mempertahankan keyakinan akidah.
Belajarlah menjadi seorang wanita.
Belajar untuk menjadi seorang wanita berjiwa hebat
seperti srikandi-srikandi Islam.
Jangan biar diri gatal hanya mahu kahwin sahaja sedangkan persiapan diri layu.
Waktu mahu kahwin sememangnya mahu kahwin
kerana yang ada di hadapan segalanya terlihat indah.
Tempoh selepas kahwin bukan sehari dua,
tetapi biarlah mahu sampai ke syurga,
Mahu kahwin bukan hidup berdua sahaja,
nantinya keluarga sudah makin bertambah besar.
Kahwin bukan soal cinta dan suka sahaja.
Perkahwinan penuh dengan tanggungjawab yang menanti.
Kalau kita yang seorang perempuan sekarang malas mahu menimba ilmu,
maka dengan apa lagi mahu dididik anak-anak yang sedang membesar.
Kalau kita yang seorang perempuan lemah dalam mujahadah diri untuk buat amal,
maka contoh kebaikan apa lagi yang mahu ditunjukkan kepada anak-anak.
Kalau kita yang seorang perempuan hanya tahu untuk duduk bersenang-lenang dan lemah jiwanya,
maka siapa lagi yang mahu berada di belakang menguatkan perjalanan dakwah seorang suami.
Kalau kita yang seorang perempuan lemah dalam menjaga kehormatan diri,
maka kecintaan dan kesetiaan apa yang akan tinggal buat seorang suami yang teguh menanti kelak.
Kalau kita yang seorang perempuan lemah dalam mengendalikan emosi,
maka siapa lagi yang akan membantu suami untuk mengemudi bahtera keluarga yang bahagia.
Kalau kita yang seorang perempuan tiada matlamat tinggi dalam hidup,
maka siapa lagi yang akan bersedia membina jiwa besar dalam diri mujahid-mujahid kecil.
Ilmu sekarang bukan untuk skor Dean's List dan belajar jurusan di universiti sahaja,
Ilmu sekarang perlu dicari dan sekurangnya diri punya asas dalam pelbagai cabang ilmu.
Saat tiada terikat dengan tanggungjawab rumah tangga inilah waktunya untuk menimba ilmu dengan sebenarnya.
Setidaknya mahu untuk belajar hukum-hukum fiqh.
Setidaknya belajar bagaimana mahu untuk melayan dan mengerti rentak isi hati dan jiwa si kecil.
Setidaknya belajar bagaimana untuk menyesuaikan diri dalam masyarakat yang pelbagai.
Setidaknya mahu belajar bagaimana untuk memperbaiki solat dan memperbaiki kefahaman dalam Al-Quran.
Setidaknya belajar tentang ilmu rumah tangga.
Belajarlah memasak.
Biarlah potong bawang tiga hiris juga sudah menangis sebaldi.
Asal sahaja mahu untuk belajar.
Jadi anak dara harus belajar untuk bangun dan perkemaskan diri awal pagi.
Bukan pula untuk tidur melangit hingga ke tengah hari.
Belajar bagaimana mahu jadi seorang wanita yang produktif.
Ya. Kita bukan sempurna untuk tahu dan buat banyak perkara.
Dan kerana tidak tahu banyak perkara itulah kita perlu belajar banyak perkara.
Hidup ini satu medan yang penuh hikmah untuk kita ambil dan pelajari sesuatu tiap saat.
Tak ada orang yang secara semulajadi tahu banyak perkara.
Melainkan dia cuba untuk ambil tahu dan mahu belajar.
Ini bukan untuk mendesak diri menjadi seorang perempuan yang sempurna
tanpa cela tiap segi dan hebat sehingga bisa untuk terbang merentasi langit ke-7
mengalahkan Wonder Woman.
Bukan.
Ini mahu memberi sejentik kesedaran
bagaimana seorang perempuan harus berperanan
terutama dalam dunia moden zaman kini.
Kerana kematangan bukan diukur sejauh mana kemahiran dalam berselfie
baik tudung labuh, berniqab atau melilit-lilit.
Kerana kematangan itu ada pada ilmu dalam diri dan nilai dalam memandang kehidupan.
Dan kerana kematangan itu ada pada hati yang selalu membawa jiwa seorang hamba dalam dirinya.
Usah terlalu risau akan soal jodoh.
Usahalah setakat mana yang mampu.
Asal sahaja diri tahu untuk menjaga kehormatan diri maka dia yang begitu jualah yang bakal dihadirkan Allah.
Asal sahaja hati terus teguh pada jalan dakwah dan kebenaran maka dia yang begitu jualah yang akan datang melengkapkan kehidupan.
Hidup ini cukup mudah,
Buat apa yang Allah suka dan reda.
Dan suka serta reda dengan tiap apa yang diberi Allah.
Kerana tiada apa yang tidak baik datang daripada Allah melainkan segalanya baik-baik belaka.
Berbahagialah duhai muslimah.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sekian. Thank you awak awak semua sebab baca. Mudah-mudahan lepasni kita boleh buat perubahan ke arah yang lebih baik sebagai seorang wanita dan hamba Allah, insyaAllah.
Assalamualaikum w.b.t
My thing, My life.
You are someone in my life. Though, I love you.
MINE
Without friends no one would choose to live, though he had all other goods.
Sunday, 18 January 2015
Saturday, 17 January 2015
001 A New Beginning
Assalamualaikum w.b.t
Hello :)
It has been 3 years since my last post. My last post? Yeah, I've deleted all of the previous posts, because I was so childish and I feel disgusted to re-read them, lol and also like this post title I'd like to start a new page of life. My past was terrible, well it is still now but I've become more matured to be able in handling my life and make it less horrible. Of course, 3 years have passed and a lot of things have happened. I must sure I've learned a lot and made a better change of myself, especially in terms of appearance. I look more like a Muslim now, not revealing my hair. Yes, I already wear my hijab which I was supposed to do, like a MUSLIM MUST DO. Tudung/hijab is an obligation, not a choice. Alhamdulillah since then I am able to control myself, I never get into a relationship, I avoid any skinship with men, I get to focus more on studies, on my family, on my friends, and most importantly on Allah SWT.
Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:
“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”
Subhanallah I have gone through this situation(in hadis above). It is true. My good changes firstly are influenced by my friends in Mrsm Taiping. Because of them, always reminding each other to perform solat, I started to solat fully 5 times a day; Subuh, Zohor, Asar, Maghrib and Isyak. To be honest, I used to never solat at all unless it was during school activities. Mrsm is also a school but we spend 24/7 there, not going back home like in daily school. So in this boarding school we have to go to usrah, listen to tazkirah, surau activities, solat berjemaah every day, hafaz al-Quran. My friends also asked me to wake up early before Subuh to perform tahajjud together, which I never do before cause I always have difficulties to wake up early. And when we have to puasa sunat enam during Syawal, they asked me to join too. Ya Allah, baiknya kawan-kawan aku ni :') When I have to do all these good deeds each day straight for 2 years, I could feel some sincerity in me and I really feel so calm and relax even during exams. I don't even get angry to people, I just cried and pray to Allah for his/her change. At first I just thought of the school rules that I had to do these, then one day I actually realized I do these.....sincerely. Ahh then I know that sincerity will come through our hearts when we do something (good deeds) continuously without arguing.
Now I'm currently studying at Uitm Tapah in accounting field. InsyaAllah I will try my best to be a successful accountant who destroys riba!
Allah blesses me. He sends another good friends to me. Penjual-penjual minyak wangi :) They are my courage. They are my survival. They are my everything. I don't need any boyfriend, cause it will lead to maksiat, to sin! I just need my friends, my family, and my creator, Allah. Thank you, ya Allah. I couldn't ask for more, family and friends are all I need, with your blessings, ya Allah.
"Who are you? I'm a MUSLIM.
What religion are Muslims? ISLAM.
Who do Muslims believe in? We believe in ALLAH.
But do you do all Allah's deeds? ....."
A: Puasa ada 2 rukun. Apa jadi kalau tak buat salah satu?
B: Tak sah la puasa tu!
A: Solat ada 13 rukun. Kalau tak buat salah satu?
B: Solatnya tak sah!
A: Rukun Islam ada 5. So.. Kalau tak solat?
B: Eh? Errr........
Astaghfirullah... Hope this short story of mine can be a lesson for you, readers.
Jangan tinggal solat fardhu, banyakkan ibadah sunat, puasa penuh ketika Ramadan, dan berkawanlah dengan orang yang baik serta soleh sahaja.
Yang baik itu datangnya daripada Allah SWT, dan yang buruk itu datangnya daripada saya.
Sekian, Assalamualaikum w.b.t

Subscribe to:
Posts (Atom)